Tuesday, May 28, 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk susukan anak-anak saya sendiri. Sebelum ni saya susukan anak lelaki saya sampai lah umur dia 2 tahun. Sekarang ni pula tengah susukan anak perempuan saya yang umurnya baru nak masuk 9 bulan. Saya susukan anak saya secara 'direct feeding' sebab anak-anak saya jaga sendiri. Jadi memang boleh kira dengan jari berapa kali je saya susukan dengan susu ibu yang diperah guna botol. Memang seronok sangat dapat susukan anak-anak. Rasa puas, rasa 'bonding' antara ibu dan anak yang sangat membahagiakan dan anak dapat membesar dengan khasiat terbaik susu ibu. Saya sangat bersyukur dan bertuah sebab saya terdedah kepada ilmu penyusuan susu badan secara tak langsung sebelum saya mula mengandung anak pertama lagi. Alhamdulillah Allah beri jalan, ilmu, ilham dan nikmat penyusuan susu ibu kepada saya.

Yelah. Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Hatta susu ibu yang dah diperah dan dibekukan pun masih sangat kaya khasiatnya berbanding susu formula. Tak nak ke beri yang terbaik untuk anak? Dalam Al-Quran sendiri ada disebut saranan untuk susukan anak sampai umur 2 tahun. Jadi, mesti banyak sangat hikmahnya kan? Tapi, memang tak dinafikan nak menyusukan anak dengan susu badan secara eksklusif ni tak kurang juga banyak dugaannya. Tambah-tambah kalau tak cukup kuat mental fizikal, boleh terberhenti sekerat jalan. Jadi, ilmu penyusuan susu ibu juga sangat lah penting. Sekurang-kurangnya bila ada ilmu, lebih mudah kita nak capai matlamat lengkapkan penyusuan hingga umur anak 2 tahun. Kalau takde ilmu, mesti rasa susah. Kalau tak tau pun yang kita ni tak tau, haa itu lagi parah! hihi :P

COD SHAKLEE SEMENYIH, DAFTAR AHLI SHAKLEE SEMENYIH, TIPS PENYUSUAN SUSU IBU, TIPS TAMBAH SUSU, TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU, TIPS BREASTFEEDING, AMALAN BREASTFEEDING, NAK TAMBAH SUSU, NAK BANYAKKAN SUSU, VITAMIN UNTUK IBU BF, VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU, VITAMIN UNTUK IBU BREASTFEEDING, SUPPLEMENT UNTUK IBU BREASTFEEDING, NAK MAINTAIN KESIHATAN IBU MENYUSU, SUSU IBU TERBAIK UNTUK BAYI, ALFALFA BANTU BANYAKKAN SUSU, AMALAN BANYAKKAN SUSU
Susu Ibu Adalah Susu Terbaik Untuk Bayi


Jadi hari ni saya nak kongsikan tentang tips penyusuan susu ibu yang saya amalkan.
  1. Minum air 3L sehari.
  2. Susukan bayi sekurang-kurangnyanya 3 jam sekali. Pam atau perah sekiranya tak dapat susukan bayi.
  3. Galakkan bayi minum susu hingga payudara kosong sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  4. Setelah susukan baby, pam susu/ buat Teknik Marmet (perahan tangan) untuk pastikan payudara betul-betul kosong.
  5. Istiqomah melakukan amalan rohani - Antaranya: Amalkan zikir Ya Matin & baca surah Al- Hujurat dengan niat nak menyusukan baby, selalu berdoa agar diberikan kemampuan untuk melengkapkan penyusuan dan sebagainya.
  6. Elakkan stress, rehat secukupnya dan mesti positif mampu hasilkan susu yang cukup.
  7. Eelakkan berdiet kerana ibu menyusu perlukan kalori secukupnya untuk hasilkan susu. 
  8. Buat 'power pumping' untuk galakkan penghasilan susu agar dapat buat stok EBM seawal mungkin.
  9. Makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu.
  10. Pastikan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat.
  11. Memastikan ketetapan mental dan fizikal yang kuat melengkapkan penyusuan.
  12. Pengambilan supplement set penyusuan susu ibu.

Secara kasarnya itulah tips yang saya amalkan. Semestinya antara yang paling penting adalah pengambilan supplement set penyusuan susu ibu! :D Saya memang amalkan supplement Vita-Lea, B Complex, Alfalfa, Vitamin C dan Ostematrix. Sebab saya nak pastikan diri saya dapat nutrien penting yang lengkap dan secukupnya. Seperti yang kita tau, anak yang minum susu ibu menyerap nutrien daripada badan ibu. Jadi kalau dah bagi kat anak, kesihatan mak boleh terganggu kalau ibu tak dapat gantikan semula nutrien penting dalam badan dia yang dah hilang tadi. Malah yang paling penting sekali, kualiti susu yang dihasilkan juga adalah sangat tinggi sebab semua nutrien penting terdapat dalam jumlah yang tinggi dan pekat untuk memenuhi keperluan bayi. Bayi perlukan semua zat-zat penting tu untuk membantu perkembangan dia dan kesihatan dia ke tahap yang optimum! 

Kenapa masih tak nak bagi yang terbaik kepada permata hati yang sangat berharga? ;) Sekurang-kurangnya fikirkan lah nak jaga kesihatan diri sendiri. Bayi tu kecil lagi dan jauh lagi perjalanan hidup dia. Jadi, mak mestilah sihat, cergas, pantas dan bertenaga tambah-tambah lagi bila dah sampai masa nak mengejar si comel yang berlari tu nanti! :D




Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi - HAZRINA NASIR

0192692301

heartilyina@gmail.com

http://www.facebook.com/BlossomWidad


*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


No comments: